Tuesday, July 26, 2011

My New Blog!!

Hye !! Cantik x blog yg telah diedit ni
Ni semua hasil jasa

Akq NurulTutorial ada di sana! Okey 

Sunday, June 12, 2011

Hadis

 Pengurusan Masa.
Setiap manusia amnya dan umat Islam khasnya diwajibkan menguruskan dan menggunakan masa dengan cara yang paling sempurna, optimum dan berkesan. Oleh itu terdapat banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang menggesa dan menyarankan agar semua umat Islam berbuat demikian. Antaranya seperti maksud ayat di bawah;
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran." (Al-`Ashr: 1-3) 
Membaca
Membaca ditakrifkan sebagai mentafsir dan memikir tentang sesuatu simbol atau tulisan. Ia meliputi aktiviti memaham makna tulisan, penyerapan maklumat dan idea yang dihuraikan oleh seorang penulis. Dalam Islam membaca merupakan langkah utama dalam proses menuntut ilmu. Ini dibuktikan dalam wahyu yang diterima oleh Rasulullah S.A.w yang bermaksud;
"Bacalah dengan nama Tuhanmu ……….. (Al-Alaq: 1….) 
 Menyoal
Bertanya ditakrifkan sebagai satu aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh orang belum, tidak tahu atau kurang pengetahuan terhadap sesuatu perkara. Aktiviti bertanya berlaku apabila sesuatu konsep yang kurang difahami. Untuk mendapatkan penjelasan dan sesuatu keterangan dan untuk mendapatkan kepastian. Pelajar yang sering bertanya akan mendapat banyak maklumat. Faedah yang boleh diperolehi adalah seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
"Terdapat empat (4) faedah dan kebaikan bertanya, pertama kepada tukang tanya, kedua kepada orang yang kena tanya, ketiga kepada orang yang mendengar dan keempat kepada orang yang suka kepada tiga golongan orang di atas"
(Abu Naim) 
Membuat Rujukan
Teknik membuat rujukan ini akan membantu para pelajar mengenalpasti sumber-sumber lain selain daripada buku teks seperti dengan cara bertemu, bertanya dan berbincang dengan orang yang lebih arif. Sesuai sekali dengan firman Allah yang bermaksud;
"Bertanyalah kamu kepada ahli-ahli jika kamu tidak mengetahui"
(Al-Nahl: 43) 
Secara Berkumpulan
Belajar secara berkumpulan merupakan satu aktiviti yang sangat digalakkan. Dalam aktiviti ini para pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran dan saling bantu-membantu. Tuntutan adalah selaras dengan firman Allah yang bermaksud; "Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk kebajikan dan bertaqwa dan jangan bertong-tolong pada melakukan dosa dan kemungkaran"
(Al-Maidah: 2)

Saturday, June 11, 2011

Kemahiran Membaca Dalam Pelajaran


Berhubung dengan proses membaca ini, penulis telah menggariskan beberapa teknik dan tatacara membaca secara terperinci seperti berikut;
  1. Sediakan semua peralatan yang akan digunakan untuk tujuan membaca.
  2. Sediakan dengan secukupnya bahan yang akan dibaca.
  3. Elakkan daripada sebarang gangguan dan wujudkan suasana yang selesa.
  4. Tetapkan tajuk yang hendak dibaca.
  5. Tetapkan jumlah muka surat yang hendak dibaca.
  6. Tetapkan jumlah masa yang hendak digunakan untuk membaca.
  7. Duduklah dengan cara yang betul dan selesa.
  8. Tumpukan perhatian dan fikiran terhadap bahan bacaan.
  9. Mulakan dengan berdoa untuk mendapat keberkatan.
  10. Gunakan satu penunjuk seperti pensil dan sebagainya.
  11. Ketika membaca buat catatan isi penting.
  12. Ambil perhatian khas tentang jadual, rajah, data dan symbol

Kemahiran Membuat Rujukan


Tujuan utama aktiviti membuat rujukan ini ialah untuk melengkapkan dan menambahkan fakta yang diperolehi daripada proses pengajaran guru. Ia juga bertujuan meluaskan lagi pengetahuan yang sedang dan telah dipelajari.
Beberapa faedah telah dikenalpasti yang boleh diperolehi di antaranya ialah;
  • Dapat menambah dan melengkapkan fakta tentang sesuatu tajuk.
  • Menambahkan kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu sepertikonsep, contoh, masalah, formula dan sebagainya
  • Dapat membetulkan mana-mana fakta atau konsep yang tersalah catat
  • Dapat meningkatkan motivasi dan minat serta daya tarikan terhadap pelajaran
  • Dapat menjamin meningkatkan hasil laporan, laporan projek dan sebagainya.



Kemahiran Menyoal Dalam Proses Pembelajaran

Sesuatu pertanyaan itu mestilah dilakukan pada tempat, keadaan, cara dan masa yang sesuai dan betul. Ini perlu dilakukan supaya pertanyaan itu dapat difahami dan diterima, difahami oleh guru serta tidak mendatangkan kesan yang buruk. Terdapat beberapa tempat atau kaedah yang dicadangkan untuk bertanya, antaranya adalah seperti berikut.
  • Mengetahui tabiat seorang pengajar.
  • Pengajaran yang diberikan kurang jelas.
  • Bertanya terus kepada guru.
  • Tidak meliputi tajuk-tajuk atau perkara yang tidak berkenaan.
Menghadiri Pengajaran Di dalam Kelas.
Aktiviti pendidikan di Malaysia berlaku di dalam kelas. Oleh yang demikian para pelajar dikehendaki mendengar, memahami, menulis (mencatat nota), dan mengingat semua maklumat yang disampaikan oleh guru. Dalam proses pembelajaran dalam kelas, beberapa amalan perlu diketahui oleh pelajar. Di antara amalan itu termasuklah;
  • Mengetahui tajuk yang akan diajar.
  • Membaca sepintas lalu mengenai tajuk tersebut.
  • Membuat nota ringkas dan
  • Membawa nota-nota ringkas berkenaan di dalam kelas.
Terdapat beberapa adab atau peraturan ketika menghadiri kelas iaitu
  • Meminta restu daripada ibu bapa.
  • Memulakan dengan bacaan Bismillah ….,
  • Berdoa memohon berkat ketika melangkah ke sekolah
  • Datang lebih awal, masuk ke kelas dengan ucapan salam
  • Duduk di hadapan kelas
  • Menyediakan peralatan belajar dengan selengkapnya
  • Menumpukan perhatian dengan fikiran yang tenang
  • Membuat dan mencatat nota tambahan
  • Bertanya guru jika terdapat keraguan dan
  • Semak semula nota yang dicatat apabila kelas telah selesai.

ShoutMix chat widget